WhatsApp
RetortPro HQ · Kepala Batas, Pulau Pinang

Satu tempat untuk semua keperluan retort

Servis retort, mesin retort, pouch, kelas dan konsultasi. Kami bantu usahawan makanan hasilkan produk tahan lama tanpa peti sejuk dan tanpa bahan pengawet, dari dapur rumah hingga skala kilang.

  • Booking servis online
  • Bayar terus melalui payment gateway
  • Semak status & resit online
93 booking servis · 4,465 pouch diproses di HQ
Showroom RetortPro HQ dengan barisan mesin retort
121°CProses retort terkawal: suhu & tekanan dipantau setiap kitaran
98%Keselamatan makanan
15+Jenis produk sesuai diretort
121°CSuhu proses retort
12M+Makanan tahan lama, simpan suhu bilik
01 · Servis retort

Hantar produk. Kami urus semua.

Lima langkah terkawal di pusat servis kami. Anda cuma masak dan hantar, produk siap dijual tanpa freezer.

1

Pouch kami sediakan

Pouch khas tahan suhu & tekanan tinggi untuk retort.

2

Isi produk

Berat konsisten, terkawal dan bersih.

3

Sealing

Tutup kemas & kuat, tiada kebocoran semasa proses dan simpanan.

4

Proses retort 121°C

Suhu & tekanan terkawal untuk mematikan bakteria berbahaya.

5

Sticker tarikh luput

Label jelas untuk pemantauan stok dan jualan.

Staf RetortPro mengisi produk ke dalam pouchProses sealing pouch retort
Unit100–200g201–259g260–399g400–500g
1–105.00 semua saiz
11–294.00 semua saiz
30+2.703.003.704.20
70+2.402.503.403.90
200+2.352.353.153.75
350+2.252.252.953.65
500+2.202.102.703.50

Harga seunit (RM). Termasuk pouch, isi, sealing, retort & sticker tarikh luput. Tier dikira ikut jumlah semua pouch dalam satu booking, campur saiz pun dikira bersama.

Pilihan bekas lain: botol kaca RM1.20 · botol jus 500ml RM1.50.

Booking online siap dengan payment gateway: kira harga, pilih tarikh dan bayar terus. Status booking dan resit boleh disemak online.

Rekod sebenar retort pelanggan

93booking
4,465pouch diproses
67hari retort
Lihat kalendar booking →
Kalendar retort · data sebenar

Jadual retort pelanggan kami

Booking sebenar di RetortPro HQ, terus dari sistem tempahan kami. Tekan bulan dan tarikh untuk lihat produk yang diproses. Nama pelanggan diringkaskan untuk privasi.

Ada bookingHari ini
IsnSelRabKhaJumSabAhd 1 78 10 151617 19 21 2324252627282930
Peluang bisnes · Rakan Pusat RetortPro

Buka pusat retort di kawasan anda

Usahawan makanan di setiap negeri perlukan pusat retort yang dekat. Kami cari rakan pusat untuk buka pusat servis RetortPro di kawasan baharu, dengan ekosistem lengkap A hingga Z dari HQ di Kepala Batas.

Yuran tahunanRM500setahun sahaja

Termasuk sistem booking dengan payment gateway, website pusat dan penyelenggaraan sistem. Syarat: rakan pusat membeli pouch dengan RetortPro, supaya kualiti dan keselamatan produk setiap pusat sama.

93 booking · 4,465 pouch diproses di HQ Harga servis RM2.10–RM5.00 sepouch Ekosistem A hingga Z

Jenama RetortPro

Guna nama, logo dan bahan pemasaran RetortPro di pusat anda.

Mesin & peralatan

Mesin retort dan peralatan dibekal terus oleh Waffiy Industries, dengan waranti.

Latihan di HQ

Operasi retort, kawalan suhu & tekanan, kebersihan dan urusan pelanggan.

Sistem booking + payment gateway

Pelanggan tempah slot dan bayar online. Anda urus jadual, status dan resit dalam sistem yang sama dengan HQ.

Website & penyelenggaraan

Website pusat anda di bawah jenama RetortPro, termasuk hosting dan kemas kini sistem.

Sokongan iklan

Bahan kreatif, panduan dan semakan iklan untuk menarik usahawan makanan di kawasan anda.

Sesuai untuk: usahawan makanan dan katering, pemilik premis atau kedai, pelabur yang mencari bisnes servis berulang, serta koperasi dan persatuan usahawan.

Daftar minat Rakan Pusat

Isi ringkas dan tekan butang. Mesej siap ditulis dalam WhatsApp anda.

Dihantar terus melalui WhatsApp ke 019-911 1017. Laman ini tidak menyimpan maklumat anda.
Susun atur RetortPro HQ: ruang konsultasi, ruang isi dan sealing, serta ruang retort
Model pusat RetortPro HQ di Kepala Batas: ruang konsultasi, ruang isi & sealing, dan ruang retort dalam satu premis.
01Daftar minat
02Sesi taklimat: pakej, modal & kiraan pulangan
03Lawatan ke RetortPro HQ
04Pilih lokasi & perjanjian
05Pasang mesin & latihan
06Buka & terima booking
Proses sebenar di HQ

Lihat cara pusat RetortPro beroperasi

Booking online, terima barang, pilih pouch, proses retort, cetak tarikh luput hingga update kepada pelanggan. Inilah aliran kerja yang rakan pusat akan jalankan.

02 · Mesin retort

Retort sendiri, kawal kos sendiri

Dari model 18L untuk dapur rumah hingga 150L industri dengan counter pressure. Semua model dengan waranti 6 bulan, dan boleh dilihat di showroom kami.

Mesin retort YX-18HDD/24HDD
18L-24L Heavy Duty

YX-18HDD/24HDD

RM2,200 – RM2,600 Waranti 6 bulan
Mesin retort LS-35 hingga 150
35L-150L

LS-35 hingga 150

RM4,900 – RM14,600 Waranti 6 bulan
Mesin retort LS-28 hingga 100
28L-100L

LS-28 hingga 100

RM6,600 – RM9,500 Waranti 6 bulan
Mesin retort WB-ZY150F
150L Industrial

WB-ZY150F

RM25,000 – RM30,000 Waranti 6 bulan

Agensi, koperasi & kilang

Perlukan mesin 50L hingga 150L, susun atur ruang proses atau sebut harga untuk permohonan geran? Pasukan kami sediakan cadangan lengkap dan dokumen sebut harga.

Minta sebut harga Kedai online
Mesin retort Waffiy di showroom
04 · Kelas, konsultasi & latihan

Belajar dulu, buat dengan yakin

Tak pasti produk anda sesuai, berapa lama tahan, atau mesin mana patut dibeli? Mulakan dengan konsultasi percuma bersama pasukan kami.

Kelas retort RetortPro

Kelas Retort

Kursus praktikal + teori retort untuk usahawan yang mahu memproses sendiri. Slot terhad, daftar awal.

Sesi baharu akan dibukaDaftar minat
Konsultasi dan pembentangan RetortPro

Konsultasi & Design Retort

  • Semak kesesuaian produk & resepi untuk retort
  • Cadangan saiz pouch, berat dan label
  • Rancang skala: servis, mesin kecil atau kilang
  • Panduan pakej mesin untuk permohonan geran
Konsultasi percuma
Pelajar dan peserta di RetortPro HQ

Latihan Industri

Tempat latihan industri (internship) untuk pelajar IPT: pengalaman sebenar di pusat servis dan showroom mesin retort.

Pengambilan dibuka Mohon latihan industri
Panduan retort

Apa yang boleh & tak boleh diretort?

✓Boleh retort

  • Lauk berkuah: kari, rendang, sambal, masak merah, kurma (tak bertulang)
  • Pes & sos masakan: pes tomyam, pes kari, sos spaghetti, sambal tumis
  • Makanan sedia dimakan: nasi lemak lauk, ayam masak kicap, daging masak hitam
  • Kacang & sup pekat: kuah kacang, bubur, dalca, sup ayam, sup daging, kuah sate

✕Tak boleh retort

  • Rangup atau kering: keropok, kuih, biskut, kerepek
  • Tepung atau berangin: roti, kek, puff, donut
  • Sayur & ulam segar: salad, timun, kobis, bayam, sawi
  • Telur atau susu tinggi lemak: telur rebus, krim, susu pekat
  • Goreng kering tanpa kuah: ikan goreng, ayam goreng, sate

Tak pasti produk anda sesuai? Hantar gambar atau resepi, pasukan kami semak secara percuma.

Semak produk saya
Bersama agensi & usahawan

Dipercayai komuniti usahawan makanan

Program, lawatan dan demonstrasi retort bersama agensi kerajaan, persatuan dan usahawan IKS.

Program RetortPro bersama agensi Peserta program RetortPro Lawatan usahawan ke RetortPro HQ Demonstrasi mesin retort Pembentangan mesin retort
Soalan lazim

Ada soalan?

Jawapan ringkas untuk soalan yang paling kerap kami terima.

Saya tiada mesin. Boleh guna servis retort?

Boleh. Hantar produk anda ke RetortPro HQ dan kami urus pouch, pengisian, sealing, retort dan sticker tarikh luput. Ramai usahawan mula dengan cara ini sebelum beli mesin sendiri.

Berapa minimum untuk servis?

Tiada minimum. Untuk 1–10 pouch harga lengkap A–Z ialah RM5.00 seunit. Lebih banyak pouch dalam satu booking, lebih murah seunit (serendah RM2.10).

Bagaimana nak tahu produk saya sesuai?

Rujuk panduan boleh / tak boleh retort di atas, atau WhatsApp gambar dan resepi produk anda untuk semakan percuma.

Mesin retort ada waranti?

Ya, waranti 6 bulan. Mesin boleh dilihat di showroom kami di Kepala Batas sebelum membeli.

Boleh buka pusat RetortPro sendiri?

Boleh. Kami sedang cari rakan pusat untuk buka pusat servis RetortPro di negeri dan daerah lain. Daftar minat di bahagian Peluang Bisnes, dan pasukan kami akan hubungi anda untuk sesi taklimat.

Boleh lawat showroom?

Boleh. WhatsApp kami untuk tetapkan masa lawatan ke LOT 39-G, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Hubungi kami

Jom bincang produk anda

Pilih talian yang sesuai, pasukan kami akan bantu dari resepi hingga produk siap pasaran.

LOT 39-G, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang · Buka peta · retortprohq@gmail.com